Saturday, December 26, 2009


Sunday, December 13, 2009

Kursus : Peningkatan Profesionalisme : Kursus Orientasi GC Zon Tengah ( Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor )
Siri 3/2009


Tarikh : 6 - 10 Disember 2009
Tempat : Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor

ULASAN :

Apabila mendapat berita kena pergi kursus ini, terdetik di hati..silap agaknya ! Tapi nyata tak silap. Dengan penuh keraguan saya pergi juga dengan tujuan..mendapatkan pengalaman. Walaupun sangat penat mengikuti segala program ala BTN yang disediakan, tetapi sangat menyeronokkan dan akan menjadi kenangan manis di sepanjang career sbg GC ini. Antara pengisian kursus ialah :
1. Peranan & Tanggungjawab GC
2. Kepimpinan Instruksional
3. Strategic & Tactical Planning
4. Emotional Intelligence dlm P&P
5. Interpretasi Personaliti TAJMA
6. Eksplorasi Rimba & Orienteering
7. XPDC Samudera & Snorkling
8. Flying Fox & Absailing
9. PENA GC

Antara Pengajaran yg saya dapat :
1. Berani Meneroka sesuatu yg baru. Ini dapat meningkatkan keyakinan diri.
2. Team-work membawa kejayaan dan lebih mudah mencapai matlamat organisasi. Sederap
melangkah menuju ke destinasi yang sama !
3. Jangan anggap kita sudah tahu semuanya...sediakan ruang di minda untuk menerima ilmu baru.
4. Semangat yang tinggi akan mengatasi kelemahan yang ada.
5. Hanya ada satu ketua..untuk mengemudi anak buah kepada matlamat yang dituju. Di sekolah
pengetua adalah orang yang akan menentukan hala tuju sekolah ke arah kecemerlangan dan
sebagai GC, saya berada di barisan hadapan untuk memastikan matlamat itu tercapai !
6. Komunikasi Berkesan penting dalam kelancaran untuk menuju ke matlamat yang ditentukan.
Arahan diberikan mesti jelas dan tepat.
7. Disiplin Diri yang tinggi penting untuk berjaya. Mematuhi masa dan adab-adab yang
ditetapkan sebagai peraturan membantu banyak ke arah kejayaan cemerlang.
8. Ketahanan Mental penting untuk kita terus ke hadapan. Jangan melatah dengan provokasi sebaliknya jadikan ia modal untuk memperbaiki diri.


Saturday, December 12, 2009

Kursus : Bengkel Pembinaan Bahan Pembelajaran Atas Talian GC Negeri Perak.
Tarikh : 1-4 Disember 2009
Tempat : BTPN, Ipoh

Ulasan :

Perisian Moodle digunakan sebagai satu sistem Pengurusan P&P secara online dan akan saya gunakan untuk pelajar-pelajar Biology SMKGR mulai 2010. Sebelum ini saya menggunakan perisian Wikispaces untuk tujuan yang sama dan telah mendapat sambutan yang baik drp pelajar. Perisian Moodle ada keistimewaannya yg tersendiri. Saya berpendapat perisisan ini boleh juga dijadikan sebagai wadah pelengkap kepada P&P di dalam kelas dan melihat ia sebagai satu cara menarik untuk melibatkan pelajar kepada subjek ini. Terima kasih kepada Pn Hamsiah Mohd Dahalan kerana berkongsi ilmu ini dengan saya.


Thursday, November 19, 2009

Cuti ?? Terpulang bagaimana anda mentafsirnya.
Bagi saya cuti cuma bermakna tidak mengajar dan lebih banyak masa untuk muhasabah diri serta memperbaiki kesilapan yang lalu. Inilah masa terbaik untuk merancang apa yang perlu dilakukan untuk tahun hadapan dengan harapan segala program dirancang, hasrat untuk mendidik, hasrat untuk menabur bakti akan dapat terlaksana dengan lebih tenang dan lancar !!


Wednesday, November 4, 2009

ROZIAH ON EDUWEB TV

Saturday, October 31, 2009

KONVENSYEN GC NEGERI PERAK 2009
Date : 28-30 Oct 2009
Venue : Lead View Hotel, Manjung

Saturday, October 17, 2009

Program : Lawatan Ke Hutan Paya Bakau, Kuala Sepetang (Program Kurikulum Daerah Kinta Utara) Tarikh : 15 Ogos 09 (Sabtu, 7:30 pg - 6:00 ptg) Sasaran : Guru-guru Biology Daerah Kinta Utara (35 orang)

See The Rest Of It Here :



To All, there will always be space to improve ourself , so.. GO FOR IT !!

Saturday, July 11, 2009