Wednesday, February 17, 2010

KEBERKESANAN PENYUSUNAN GRAFIK DALAM PENGUKUHAN PEDAGOGI BIOLOGI
  • Penyusunan grafik adalah merupakan kaedah di mana gambar atau grafik digunakan untuk mengendali atau memproses maklumat dan pemikiran untuk tujuan kefahaman dan mengingat. Ia merupakan suatu alat yang berkesan untuk menterjemah sesuatu ide pemikiran dengan lebih jelas dan sistematik. Daripada frasa di dalam Bahasa Inggeris. “A picture speaks a thousand words”, pengalaman saya mendapati penggunaan penyusunan grafik samada semasa pengajaran atau sebagai aktiviti pelajar dapat memberikan gambaran yang jelas dan berfokus tentang konten yang dipelajari dengan cara yang kreatif. Terdapat berbagai bentuk penyusunan grafik yang boleh digunapakai oleh guru dan murid semasa P&P.
RAJAH 1 : Alat Kemahiran Berfikir – Penyusunan Grafik
  • Pelajar selalunya bermasalah untuk mengingat dan menghubungkait satu fakta dengan fakta yang lain. Dengan menggunakan perisian ‘Mind Manager’, penggunaan penyusunan grafik terutamanya ‘Mind Mapping’ dan ‘Flow Chart’ dapat meningkatkan kefahaman pelajar secara berfokus. Masa yang diambil untuk menyampaikan konten juga dapat dijimatkan. Pelajar lebih mudah menjawab soalan dikemukakan berbanding pengajaran yang menggunakan cara biasa. Daripada soal selidik menunjukkan bahawa 95.87% pelajar daripada kesemua kelas diajar dapat menjawab soalan bertulis yang dikemukakan dengan baik. Setelah diberikan aktiviti membina peta minda sendiri berkaitan topik diajarkan, 93.26% dapat secara kreatif menghubungkait fakta diajarkan dengan betul.
  • Penggunaan penyusunan grafik bukan hanya boleh dimanfaatkan oleh guru tetapi juga memberikan peluang kepada pelajar untuk melahirkan pemikiran mereka terhadap konten pelajaran ke atas kertas. Penggunaannya telah terbukti dapat memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran pelajar. Penggunaan penyusunan grafik di dalam pelajaran dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk belajar, membantu pelajar menguasai kemahiran mengumpul dan memproses maklumat dan seterusnya menambah keyakinan diri terhadap pembelajaran.
RAJAH 2 : Contoh Peta Minda yang Dihasilkan Oleh Pelajar
  • Bagi kelas Biologi, membuat aktiviti membina penyusunan grafik adalah merupakan perkara yang saya wajibkan. Aktiviti WAJA ditambah dengan ADD-ONS yang merupakan tambahan maklumat di dalam bentuk penyususnan grafik. Rasional kepada kaedah ini ialah pembelajaran mata pelajaran Biologi mengandungi skop yang sangat luas dan kebanyakan pelajar gagal mengingat fakta secara sistematik. Pelajar juga tidak dapat membuat hubungkait antara pelajaran lalu dengan yang baru dipelajari. Melalui kaedah membina konsep menggunakan berbagai bentuk penyusunan grafik, semua pelajar bersetuju mengatakan bahawa mereka lebih memahami konten mata pelajaran Biologi.
  • Di antara penyusunan grafik di atas, ternyata mind mapping ( Tony Buzan ) adalah di antara yang paling popular dan berkesan di dalam pengendalian konten yang banyak terutama untuk keseluruhan sesuatu topik dan untuk tujuan menunjukkan hubungkait di antara satu konten dengan konten yang lain.