Saturday, September 25, 2010

PENERAPAN PRINSIP KEPIMPINAN DALAM KALANGAN PELAJAR

Pelajar menghabiskan masa yang lama di sekolah, sekurang-kurangnya 6 jam sehari selama 11 tahun secara formal. Guru adalah yang paling rapat didampingi oleh pelajar-pelajar ini. Selain daripada berperanan menyampaikan ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajarnya. Jika hebat kepimpinannya, maka hebatlah anak didiknya kerana pepatah ada menyebut ‘Guru kencing berdiri, murid kencing berlari’. Begitulah pentingnya guru mempunyai suatu bentuk kepimpinan yang boleh menjadi ikutan kepada pemimpin akan datang ini. Kepimpinan merupakan seni mengembangkan keseluruhan bakat dan potensi seseorang ke arah mencapai matlamat yang berinspirasi dan berfaedah (Stephen R.Covey).

Kecerdasan emosi ini tidak perlu diajar secara formal tetapi boleh diterap semasa melaksanakan P&P sebagai salah satu ciri penting dalam membentuk nilai kepimpinan dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh, pelajar boleh dilatih untuk membina dan mengendalikan emosi dengan baik melalui aktiviti kerjasama dalam kumpulan bagi topik tertentu di dalam mata pelajaran. Di dalam aktiviti ini, saya akan menggalakkan pelajar berkolaborasi secara positif, memimpin ahli kumpulan, berkomunikasi dengan laras bahasa yang sesuai serta bertanggungjawap kepada hasil dari keputusan yang dibuat secara suara ramai. Program mentor-mentee yang dilaksanakan di mana seorang pelajar dipilih untuk memimpin ahli kumpulan yang sebaik-baiknya dari berbagai bangsa dalam membincangkan sesuatu topik atau isu di dalam mata pelajaran jelas memberikan pulangan yang positif. Di sini didapati semua pelajar termasuk yang selalunya pasif mengambil bahagian dengan bimbingan rakan sebaya. Apabila hasil kerja dibentangkan, semua ahli mempamerkan keperihatinan dan tahu akan tanggungjawab masing-masing.

Saya amat tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Stephen Covey di dalam bukunya ‘The 7 Habits of Highly Effective People’ di mana tujuh tabiat yang dikemukakan adalah berlandaskan prinsip universal yang boleh digunapakai sepanjang zaman tidak kira bangsa mahupun latar belakang. Dalam melaksanakan tugasan harian, samada melalui aktiviti P&P yang dirancang dan lain-lain tugasan di sekolah, tabiat inilah yang saya cuba pamerkan agar dapat menjadi contoh teladan kepada murid dan guru-guru yang lain. Tiga tabiat pertama iaitu ‘Jadilah seorang yang proaktif’, ‘Bermula dengan memikirkan matlamat’ dan ‘Utamakan prioriti’ boleh menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab, pandai menguruskan hidup, merancang masa depan serta melaksanakan perancangan berlandaskan disiplin dan fokus. Pada tabiat yang keempat, beliau menekankan betapa pentingnya mewujudkan situasi ‘win-win’ sebagai suatu kepimpinan interpersonal yang berkesan. Tabiat kelima iaitu ‘Berusaha untuk memahami dahulu, kemudian untuk difahami’ dan yang keenam iaitu ‘Mempunyai kemahiran bekerja secara kolaboratif (sinergi)’. Tabiat yang ketujuh iaitu ‘Menajamkan gergaji’ melengkapkan tabiat yang lain untuk kita bersedia menghadapi segala cabaran dunia daripada empat dimensi utama iaitu fizikal, sosial / emosi, mental dan rohani. Inilah fokus utama saya dalam membentuk murid yang berdikari melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang. Saya berpendapat ini adalah sangat penting supaya modal insan yang dibentuk boleh bertoleransi dengan sama-sama mendapat faedah di dalam semua hubungan kemanusiaan dalam membina sebuah negara yang maju dan dihormati.

Wednesday, June 16, 2010

ULU GEROH RAFFLESIA TRAIL
(12-13 June 2010)

Location : 12 km from Gopeng town.

The forest surrounding the Semai community village are extremely rich with Rafflesia cantleyi. Rafflesia is a parasite that depends completely upon its host where the majority of the plant’s tissues exist as thread-like strands entirely within the host’s cells. It is very rare, does not have stems, leaves, barks or roots. In general however, the flowers consist of five leathery petals that are orange in colour and mottled with cream-coloured warts. The flowers can take up to ten months to develop from the first visible bud to the open bloom, which may last no more than a few days. There is a deep well in the centre of the flower containing a central raised disc that supports many vertical spines . The sexual organs are located beneath the rim of the disk, and male and female flowers are separate.


And not forgetting the butterflies of Ulu Geroh, the Rajah Brooke birdwing. Many of these magnificent creatures congregate at the specific moist spots to gain nourishment from the mineral-rich water. The best time to watch them is around 10-11 in the morning.
Thanks Iza & Narindar !!!!


Friday, April 16, 2010

TEORI KECERDASAN PELBAGAI merupakan satu teori yang penting kerana ia mempunyai hubungkait yang rapat dengan bidang pendidikan. Selain menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid, teori ini juga menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan, meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas, meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah.
Kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai dapat dikenalpasti dengan berbagai cara. Jika guru mempercayai bahawa setiap orang muridnya mempunyai kecerdasan tersendiri yang unik, sudah pasti ia akan berusaha untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai supaya setiap murid itu mendapat peluang sama untuk berjaya di dalam kehidupan. Semakin pelbagai pengalaman pembelajaran yang disediakan untuk murid, semakin luas pendidikan yang diterima oleh murid untuk menyediakan mereka kepada keadaan dunia yang pelbagai dan perubahan yang mendadak. Dengan mengetahui kecerdasan yang ada pada mereka murid ini akan lebih menghargai diri sendiri, orang di persekitarannya dan seterusnya mendorongnya untuk menterjemahkan situasi pembelajaran yang menyukarkan kepada satu peluang yang perlu diusahakan daripada kekuatan yang ada pada diri sendiri.

EXAMPLE OF T&L USING MULTIPLE INTELLIGENCE ( SMART 8 MODULE ) :

FORM 4 , TOPIC 5 : CELL DIVISION ( Mitosis & Cytokinesis )

LEARNING OUTCOME :
A student should be able to :

1. explain the process of mitosis and cytokinesis

2. arrange the various stages of mitosis in the correct sequence

3. differentiate cytokinesis in animal and plant cells.


STRATEGY :
1. Each student in the class is given a diagram of mitosis stages and cytokinesis.
( VISUAL / SPATIAL INTELLIGENCE )

2. They are given a think-time of about 5 – 10 minutes.
( INTRAPERSONAL INTELLIGENCE )
They are required to identify each mitosis stage, describe the stage and write the
description on an A4 paper.

3. Next, the students are required to find other students who have the same diagram and they
will sit down together in a group to dicuss what additional information they can get.
( INTERPERSONAL INTELLIGENCE ). Students who have pictures on cytokinesis can
discuss differences between cytokinesis in plants and animals cells.
( NATURALIST INTELLIGENCE )

4. Each student will then find other students with different stages of mitosis and try to arrange
the sequence of mitosis phase. ( LOGICAL / MATHEMATICAL INTELLIGENCE ). They
have to describe the diagram that they have in order to find the next phase. This will involve a lot of movement in the class. ( BODILY KINESTHETIC INTELLIGENCE )

5. Choose a few groups to present their discussion on process of mitosis and cytokinesis.
( VERBAL-LINGUISTIC INTELLIGENCE ).

6. While activity is going on, the teacher can turn on soft intrumental music to calm students, set
a mood and of course energize them. ( MUSICAL / RHYTHMIC INTELLIGENCE )

RASIONALE :
Each student has a very different mind ; each is attracted to, comfortable with, and in turn becomes skilled with different kinds of stimuli.

Monday, March 15, 2010

I AM PROUD TO BE A TEACHER
Click Here : Make A Difference



Wednesday, February 17, 2010

KEBERKESANAN PENYUSUNAN GRAFIK DALAM PENGUKUHAN PEDAGOGI BIOLOGI
  • Penyusunan grafik adalah merupakan kaedah di mana gambar atau grafik digunakan untuk mengendali atau memproses maklumat dan pemikiran untuk tujuan kefahaman dan mengingat. Ia merupakan suatu alat yang berkesan untuk menterjemah sesuatu ide pemikiran dengan lebih jelas dan sistematik. Daripada frasa di dalam Bahasa Inggeris. “A picture speaks a thousand words”, pengalaman saya mendapati penggunaan penyusunan grafik samada semasa pengajaran atau sebagai aktiviti pelajar dapat memberikan gambaran yang jelas dan berfokus tentang konten yang dipelajari dengan cara yang kreatif. Terdapat berbagai bentuk penyusunan grafik yang boleh digunapakai oleh guru dan murid semasa P&P.
RAJAH 1 : Alat Kemahiran Berfikir – Penyusunan Grafik
  • Pelajar selalunya bermasalah untuk mengingat dan menghubungkait satu fakta dengan fakta yang lain. Dengan menggunakan perisian ‘Mind Manager’, penggunaan penyusunan grafik terutamanya ‘Mind Mapping’ dan ‘Flow Chart’ dapat meningkatkan kefahaman pelajar secara berfokus. Masa yang diambil untuk menyampaikan konten juga dapat dijimatkan. Pelajar lebih mudah menjawab soalan dikemukakan berbanding pengajaran yang menggunakan cara biasa. Daripada soal selidik menunjukkan bahawa 95.87% pelajar daripada kesemua kelas diajar dapat menjawab soalan bertulis yang dikemukakan dengan baik. Setelah diberikan aktiviti membina peta minda sendiri berkaitan topik diajarkan, 93.26% dapat secara kreatif menghubungkait fakta diajarkan dengan betul.
  • Penggunaan penyusunan grafik bukan hanya boleh dimanfaatkan oleh guru tetapi juga memberikan peluang kepada pelajar untuk melahirkan pemikiran mereka terhadap konten pelajaran ke atas kertas. Penggunaannya telah terbukti dapat memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran pelajar. Penggunaan penyusunan grafik di dalam pelajaran dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk belajar, membantu pelajar menguasai kemahiran mengumpul dan memproses maklumat dan seterusnya menambah keyakinan diri terhadap pembelajaran.
RAJAH 2 : Contoh Peta Minda yang Dihasilkan Oleh Pelajar
  • Bagi kelas Biologi, membuat aktiviti membina penyusunan grafik adalah merupakan perkara yang saya wajibkan. Aktiviti WAJA ditambah dengan ADD-ONS yang merupakan tambahan maklumat di dalam bentuk penyususnan grafik. Rasional kepada kaedah ini ialah pembelajaran mata pelajaran Biologi mengandungi skop yang sangat luas dan kebanyakan pelajar gagal mengingat fakta secara sistematik. Pelajar juga tidak dapat membuat hubungkait antara pelajaran lalu dengan yang baru dipelajari. Melalui kaedah membina konsep menggunakan berbagai bentuk penyusunan grafik, semua pelajar bersetuju mengatakan bahawa mereka lebih memahami konten mata pelajaran Biologi.
  • Di antara penyusunan grafik di atas, ternyata mind mapping ( Tony Buzan ) adalah di antara yang paling popular dan berkesan di dalam pengendalian konten yang banyak terutama untuk keseluruhan sesuatu topik dan untuk tujuan menunjukkan hubungkait di antara satu konten dengan konten yang lain.


Saturday, January 23, 2010