Tuesday, May 3, 2011

SEKETIKA DENGAN Ybhg TAN SRI DATO' DR. WAN MOHD ZAHID MOHD NOORDIN - An Inspiring Talk (2 May 2011, Sime Darby Convention Centre, KL)

VISI DAN MISI....suatu pernyataan yang wajib ada di setiap sekolah. Adakah ia dihayati oleh setiap warga sekolah atau hanya sekadar pernyataan yang diarahkan untuk dihafal dan lebih merugikan sekiranya ia hanya sekadar suatu hiasan di dinding bangunan. Walau apa pun, saya terpanggil untuk menulis artikel ini setelah bertemu dengan Tan Sri Dato' Dr Wan Zahid Mohd Noordin, mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang begitu bersemangat berkongsi ilmu bersama kami. Ilmu yang sangat saya hargai dan menjadi sumber inspirasi untuk meneruskan perjuangan ini.
Tidak dapat dinafikan pentadbir sekolah merupakan orang terpenting untuk mengemudi sesebuah sekolah ke arah hala tuju yang seiring dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia. Pentadbir sekolah perlu bijak dalam menyatupadukan guru-guru dalam satu 'team' yang dapat menghayati matlamat sekolah. Apabila sudah ada penghayatan terhadap matlamat, dengan sendirinya akan timbul kebijaksanaan dan kreativiti untuk menyelesaikan sesuatu isu. Tidak akan berlaku 'Keganasan cara dan Kemandulan matlamat' di mana guru dengan bangga merasakan mereka sudah berusaha mengatur langkah untuk memajukan sekolah tetapi malangnya langkah itu tidak sederap untuk menuju kepada matlamat yang sama.
Kejayaan sesbuah sekolah bukanlah terletak kepada guru pilihan tetapi kerana ada program yang mantap yang dihayati oleh semua warganya kerana telah timbul kebijaksanaan daripada rasa kesepunyaan terhadap matlamat berkenaan.
" Di sebalik kekayaan ada kemiskinan..
Di sebalik kemiskinan ada kekayaan...
Disebalik kekuatan ada kelemahan...
dan di sebalik kelemahan itu ada kekuatannya !"
Bertindaklah di atas kekuatan itu. Untuk semua guru, apa yang berlaku di dalam 'bilik darjah' merupakan aspek yang sangat penting dalam menyediakan modal insan yang berdaya juang dan boleh bersaing di persana dunia. Pelajar perlu tahu objektif pembelajaran dan refleksi mestilah dilakukan sebelum guru menamatkan P&P. Kepelbagaian kaedah perlu disediakan untuk memudahcarakan penerimaan pelajar yang pelbagai dari segi penggunaan otak kiri dan otak kanannya.
Pelajar memerlukan 3 perkara semasa pembelajaran, iaitu :
1. Maklumat ( Student centered )
2. Soalan yang difahami ( Exam centered )
3. Cara bagaimana untuk menjawab soalan itu ( Exam centered )
Oleh itu, perancangan guru dalam penyediaan P&P tidak seharusnya hanya memenuhi cara tetapi sudah tentu mesti memenuhi matlamat. Guru perlu ada organisasi P&P yang merangkumi "student centered" di mana guru menyediakan aktiviti dalam penyampaian maklumat dan seiring dengan itu perlu juga "exam centered" dengan mendedahkan pelajar kepada kefahaman mengendalikan soalan dalam menghasilkan jawapan yang tepat. Di dalam proses untuk mencapai pembelajaran dan pengajaran yang berkesan, tidak boleh ada jurang antara impian dan tindakan hanya kerana guru gagal menyediakan pengisian kepada impian itu.
Terima Kasih Tan Sri atas perbincangan yang sangat memotivasikan !

0 comments: