Kajian Tindakan


‘BIOLOGY IN MOTION’ : KAEDAH MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA KUNCI UNTUK MENERANGKAN ‘MOVEMENT OF WATER FROM ROOTS TO LEAVES’ BAGI MURID TINGKATAN 5S3 2009
Oleh
ROZIAH BT AYUB
SMK GUNUNG RAPAT, 31350 IPOH, PERAK.

Abstrak
Murid mengenali mata pelajaran Biologi sebagai salah satu mata pelajaran yang boleh lulus dengan mudah kalau balajar tetapi apa yang ramai tidak sedar adalah jika pembelajaran ini tidak disertakan dengan teknik yang betul, maka A itu tidak mungkin dicapai.
Daripada pengalaman sebagai seorang guru Biologi, saya mendapati antara punca kegagalan untuk mencapai kecemerlangan adalah disebabkan oleh kegagalan murid mengenalpasti kata kunci bagi pelajaran berkenaan. Ini juga adalah ekoran daripada kegagalan guru itu sendiri untuk memberi penekanan terhadap penggunaan kata kunci semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Dalam konteks ini, saya mendapati animasi terkawal dan cara guru memberi penekanan terhadap kata kunci berkeupayaan untuk menarik perhatian murid semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung serta dapat menyedarkan murid tentang kehadiran kata kunci yang berkaitan.
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek kelihatan hidup atau memberi gambaran dinamik kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik. Animasi membolehkan sesuatu yang sukar disampaikan melalui perkataan atau imej statik disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan di samping menceriakan proses penyampaian guru. Animasi terkawal digunakan supaya guru dapat mengawal proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran supaya penerangan lanjut dan penekanan terhadap kata kunci dapat diberikan.
Berasaskan kepada pengamatan terhadap potensi penggunaan kaedah ini terhadap pencapaian murid, saya mengambil keputusan untuk membuat satu kajian tindakan ke atas kaedah tersebut.

1.0              Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Tajuk ‘Movement of water from the roots to the leaves’ merupakan salah satu daripada banyak tajuk di dalam mata pelajaran Biologi yang memerlukan murid mengingatkan banyak fakta. Berdasarkan kepada ‘Learning Outcome’ tajuk berkenaan, murid perlu tahu mencurahkan isi kandungan pelajaran ini semula dalam bentuk penerangan. Apabila melibatkan penerangan (explain), kata kunci adalah antara elemen penting yang perlu dituliskan di dalam jawapan. Kaedah pengajaran saya yang selalunya berfokus kepada rajah dan penerangan mahukan aktiviti berkumpulan semata-mata didapati tidak dapat meningkatkan kemahiran murid untuk mengenalpasti kata kunci yang diperlukan.
Murid selalunya tiada masalah untuk memahami konten di dalam mata pelajaran Biologi tetapi bermasalah dalam menyampaikan semula maklumat berkaitan kerana mereka cuba menghafal ayat-ayat tanpa memberi fokus kepada kata kunci. Akibatnya ayat yang dihasilkan kabur maknanya.

2.0              Fokus Kajian / Isu Keperihatinan
Walau pun layak memasuki kelas Sains Tulen, murid Tingkatan 5S3 ini dikenalpasti agak lemah dari segi penguasaan kata kunci dan tidak dapat  ‘transform’ apa yang difahami di dalam kelas ke dalam bentuk ayat yang bermakna untuk mata pelajaran Biologi. Akibatnya mereka selalu gagal mempamerkan bentuk jawapan yang tepat dan dapat memberikan markah. Ini berlaku kerana mereka tidak dapat mengesan kata kunci untuk pelajaran tersebut semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, murid akan terus tidak yakin untuk mendapat pencapaian yang baik di dalam mata pelajaran ini.
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji samada kaedah ‘Biologi in Motion’ menggunakan animasi terkawal  yang dilih dapat membantu murid 5S3 untuk meningkatkan penguasaan kata kunci untuk mnerangkan tajuk ‘Movement of Water from Roots to Leaves’.
Walaupun terdapat faktor lain yang boleh menjejaskan kebolehan pelajar untuk mempamerkan jawapan bermakna tetapi saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kata kunci. Dengan menggunakan animasi terkawal, saya berharap murid lebih fokus terhadap konten dan kata kunci berkaitan. Hal ini seterusnya diharapkan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam peperiksaan SPM.

3.0              Objektif Kajian
3.1              Objektif Am
Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan mengenalpasti kata kunci untuk menerangkan ‘Movement of Water from Roots to Leaves’ melalui penggunaan animasi terkawal bagi murid 5S3 dan seterusnya meningkatkan nilai gred purata sekolah di dalam peperiksaan SPM.

3.2              Objektif Khusus
Melalui kajian ini, saya berharap dapat :
3.2.1        mengenalpasti satu teknik berkesan pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid sasaran menguasai kemahiran mengenalpasti kata kunci secara menyeronokkan.
3.2.2        menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran guru ke arah yang lebih terancang dan berkesan.
3.2.3        mempelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berinovatif.
3.2.4        meningkatkan keyakinan murid terhadap kaedah pembelajaran yang diikuti.
3.2.5        berkongsi hasil dapatan kajian bersama rakan-rakan guru yang lain.

4.0              Kumpulan Sasaran
Terdiri daripada 21 orang murid 5S3 2009 yang secara umumnya mempamerkan pencapaian yang rendah di dalam mata pelajaran Biologi.

5.0              Pelaksanaan Kajian
5.1              Tinjauan Masalah
5.1.1    Kaedah Pemerhatian
            Tinjauan terhadap masalah murid untuk mengesan kata kunci sudah dimulakan sejak mula mengajar mata pelajaran Biologi di dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2006. Walaupun menunjukkan minat semasa mengikuti mata pelajaran tetapi mereka gagal untuk menjawab soalan berkaitan dengan ayat yang tepat. Akibatnya murid berasa tidak yakin untuk mendapat pencapaian yang baik walaupun telah berusaha.

 5.1.2    Kaedah Temu Bual
Temu bual dengan beberapa ibu bapa murid menunjukkan anak mereka rajin membaca buku di rumah tetapi masih gagal mendapat keputusan yang cemerlang. Temu bual dengan murid pula menunjukkan mereka ada ide berkenaan konten diajar tetapi tidak dapat menyatakan semula isi kandungan dengan tepat. Ini menunjukkan bahawa kerajinan sahaja tidak dapat menjamin keputusan yang baik.

5.2              Pelaksanaan Tindakan

5.2.1        Urutan Pelaksanaan Kajian

P&P Biasa
( Persembahan PowerPoint menggunakan rajah, penerangan,
perbincangan berpasangan, pengukuhan oleh guru )


Jawab soalan ‘pre-test’ .

Analisis Data

P&P menggunakan Kaedah ‘Biology in Motion’
( Persembahan PowerPoint menggunakan animasi terkawal, penerangan,
perbincangan berpasangan, pengukuhan oleh guru )

Jawab soalan ‘post-test’

Analisis Data

5.2.2    Ujian Pra dan Pos
            Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sajauh mana pengajaran yang tidak menggunakan kaedah ini membolehkan mereka mengesan kata kunci di dalam tajuk ‘Movement of Water from Roots to Leaves’. Murid sebagaimana selalu memberi respon menunjukkan mereka faham akan pengajaran saya. Saya menanda jawapan ujian pra tersebut dan tidak memulangkannya kepada murid dan saya juga tidak membincangkan jawapan.
            Pada kelas yang berikutnya, saya memulakan kaedah ‘Biology in Motion’ di mana animasi terkawal digunakan untuk menerangkan konsep dan konten tajuk berkenaan. Saya telah mengawal animasi supaya murid lebih fokus kepada bahagian-bahagian tertentu dalam pelajaran berkenaan. Ujian pos yang mempunyai set soalan yang sama dengan ujian pra diberikan kepada murid untuk dijawab. Jawapan kemudian dikumpul dan ditanda.
 
5.2.3    Bahan Yang Digunakan
            Sila rujuk Lampiran A ( Ujian Pra dan Ujian Pos ) dan Lampiran B ( Paparan
             Animasi )

 5.3              Dapatan dan Analisis Kajian
5.3.1        Dapatan Pos dan Pra
 

JADUAL 1 : DAPATAN PERATUS PENINGKATAN OLEH 21 ORANG PELAJAR 5S3 2009

Jumlah Markah bagi latihan diberi ialah 22.
5.3.2    Sampel Jawapan Murid dalam Ujian Pos dan Pra
Sila rujuk Lampiran C.

5.3.3        Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos
(i)                 Kaedah Analisis Kajian
Kaedah yang digunakan adalah kaedah peratusan di mana pencapaian pelajar di dalam ujian pra dan ujian pos dikelaskan seperti berikut :
Baik                 :  80% - 100%
Sederhana        :  50% - 79%
Lemah             :  0% - 49%
 
(ii)               Analisis Kajian

Kelas
Ujian Pra
Ujian Pos
Peratus Peningkatan (%)
Bil.
Peratus (%)
Bil.
Peratus (%)
Baik
( 80% - 100% )
1
4.76
9
42.86
+ 38.10
Sederhana
( 50% - 79% )
2
9.52
11
52.38
+ 42.86
Lemah
( 0% - 49% )
18
85.71
1
4.76
- 80.95

Lulus
3
14.29
20
95.24
+ 80.95

JADUAL 2 : ANALISIS KAJIAN DARIPADA 21 ORANG PELAJAR 5S3 2009
 


5.3.4    Analisis Pemerhatian
Setelah kajian dijalankan, murid didapati lebih yakin dan fokus ketika menjawab soalan serta tidak menunjukkan rasa kecewa. Murid juga didapati berjaya mengesan kata kunci yang terdapat di dalam pengajaran dan pembelajaran. Semua murid mempamerkan kelakuan yang positif ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

5.3.5        Analisis Soal Selidik
 Sila Rujuk Lampiran D ( Soal Selidik Keberkesanan Kaedah )

5.4      Refleksi Kajian
5.4.1        Pelajar
(a)    Peratus peningkatan yang dicapai oleh murid adalah memberangsangkan  dan didapati murid menunjukkan rasa puas hati dan seronok kerana sudah berjaya menguasai topik yang diajarkan dengan memberikan kata-kunci yang tepat bagi soalan yang dikemukakan.
(b)   Kumpulan yang lemah telah dapat dikurangkan sebanyak 80.95% dan ini merupakan pencapaian yang baik kerana daripada keputusan ini menunjukkan bahawa murid di dalam kelas ini sebenarnya memerlukan teknik yang sesuai untuk mencungkil potensi pembelajaran mereka.

5.4.2        Guru
(a)    Kajian ini menyedarkan saya tentang keupayaan murid yang mampu dicungkil oleh guru dan seterusnya meningkatkan potensi diri murid.

(b)   Guru memainkan peranan penting dalam memberi keyakinan kepada setiap muridnya tentang potensi mereka di dalam pembelajaran dan sentiasa memberi bimbingan keada mereka.

(c)    Guru haruslah sentiasa memikirkan cara-cara terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran dengan memberi fokus kepada tajuk yang hendak diajar dan murid sasaran yang bakal dihadapi.

6            Cadangan Untuk Meneruskan Kajian Tindakan
Saya bercadang untuk meneruskan kaedah ‘Biology in Motion’ ini untuk topik-topik lain yang bersesuaian seperti penerangan terhadap proses
(a)    mitosis
(b)   meiosis
(c)    ‘crossing over in prophase 1’ dan
(d)   ‘independent assortment’.
Selain daripada itu, saya juga ingin meluaskan penggunaan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mendapati ia  mampu menarik minat murid terhadap topik yang diajarkan. Penggunaan multimedia juga boleh diaplikasikan tanpa mengenepikan kecerdasan pelbagai murid di samping mewujudkan aktiviti berkumpulan dan persembahan berkumpulan oleh murid.

7            Penutup
Pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif akan dapat memupuk perubahan yang positif dalam kalangan murid dan juga menzahirkan hubungan dan kefahaman yang lebih baik antara guru dan murid. Ini merupakan titik permulaan yang memberangsangkan kepada perkembangan potensi murid yang boleh di jadikan peluang oleh guru untuk mendorong murid mencapai kecemerlangan. Dengan itu, kajian tindakan adalah satu kaedah yang boleh digunakan ke arah mencapai matlamat tersebut secara profesional.

 BIBLIOGRAFI

  1.  Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin, Manimegalai Subramaniam, Noor Azean Atan, Shaharuddin Md Salleh, Norasyikin Mohd Zaid, Zaleha Abdullah. (2008). How to Design Multimedia Web Aplications : Theory Into Practice. Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

  1. Dr Spencer Kagan & Miquel Kagan (1998). Multiple Intelligences – The Complete MI Book. Kagan Cooperative Learning.

  1. Manual Kajian Tindakan (2006). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Percetakan Watan Sdn Bhd.